Pages

Tuesday, 2 February 2016

Amalkan ni untuk anak-anak cemerlang dunia akhirat! InsyaAllah.

Assalamualaikum buat semua yang mengunjungi blogfiefi.blogspot.my =)
Semoga sentiasa dalam keadaan sihat, ceria dan positif Fiefi doakan. Tik tok tik tok, da bertemu Februari 2016. Sekejap je masa berlalu.

Hari ni ada terbaca satu perkongsian dari seorang sahabat alam maya dan Fiefi mahu panjangkannya ke sini. Semoga memberi manfaat buat semua, tak kisahlah mak bapak orang atau tak kerana ianya memang berguna untuk kehidupan dan kejayaan kita dunia akhirat.

Iaitu doa Rasulullah saw pada Ibnu Abbas masa kecil. Eloklah kita amalkan baik untuk diri sendiri dan juga anak-anak. Baca ayat ini sambil letak tapak tangan yang ade huruf 18 di ubun-ubun kepala sendiri atau anak. Sesuai juga sebagai terapi doa bagi anak yang keras hati.

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma faqqihhu fiddin wa’alim hu takwil (anak lelaki)
Allahumma faqqihha fiddin wa’alim ha takwil (anak perempuan)
Maksudnya, “Ya Allah Ya Tuhanku, berilah kefahaman agama kepada anakku, dan ajarkanlah padanya ilmu takwil (penafsiran Al-Quran)".
Aamin.Ya rabbal alamin.



Untuk info dan penerangan lebih lanjut, tengok sini =)

Selamat menonton dan selamat beramal!


Thursday, 28 January 2016

Bekas Plastik Mana Yang Selamat Digunakan?

Assalamualaikum buat semua =)
Moga sentiasa dalam rahmatNya, ceria dan sihat sentiasa, InsyaAllah. 

Fiefi nak kongsikan satu info ni, berkaitan kod nombor pada botol-botol. Ala yang biasa tertera dengan simbol segitiga di bawah botol tu..Sebelum ni apa yang Fiefi faham, salah lak pulak..haha..ingat nombor lagi besar ni lagi baik dan ok botol ni...tersilap sudah... 

Sebenarnya kod nombor pada simbol ini bukannya menunjukkan lebih besar nombornya, lebih tahan lama bekas tersebut, sebaliknya ia menunjukkan jenis bahan yang diguna (dari unsur Polimer iaitu bi-produk dari bahan Petroleum).

 Image result for maksud nombor pada bekas plastik

Kod No. 1 – Polyethylene Terephthalate (PETE atau PET) 
-Biasanya pada botol yang jernih seperti botol air mineral. 
-Penggunaannya disarankan hanya sekali pakai sahaja kerana jika terlalu kerap digunakan lebih-lebih lagi untuk mengisi air panas, lapisan polimer pada botol tersebut akan bocor dan mengeluarkan karsinogenik iaitu antara pencetus kanser. 
-Semasa plastik jenis ini dihasilkan, antimoni trioksida yang boleh mengundang bahaya kerana ia boleh memasuki tubuh melalui sistem pernafasan. 
-Sekiranya seseorang terdedah pada bahan ini dalam jangka masa yang lama, iritasi pada kulit dan saluran pernafasan akan berlaku. Bagi wanita pula, ia boleh meningkatkan masalah haid, keguguran kandungan dan berkemungkinan anak yang dilahirkan mengalami pertumbuhan yang lambat sehingga usianya menjangkau 12 bulan.

Kod No. 2 – High Density Polyethylene (HDPE) 
-Lazimnya kita menjumpai simbol ini pada botol susu dan bekas makanan. 
-HDPE merupakan salah satu bahan plastik yang selamat digunakan kerana kemampuannya mencegah tindak balas kimia antara kemasan plastiknya dengan minuman atau makanan yang diisi di dalamnya. 
-HDPE memiliki sifat bahan yang kuat, keras dan lebih tahan pada suhu yang tinggi. Seperti juga PET, ia disarankan untuk sekali pakai kerana pembebasan antimoni trioksida akan meningkat dari masa ke semasa.

Kod No. 3 – Polyvinyl Choride (V atau PVC) 
-Ia adalah sejenis yang plastik yang paling sukar dikitar. 
-Ia biasanya digunakan sebagai pembalut makanan (cling wrap) dan pada botol-botol yang lain. 
-Ia juga mengandungi DEHA yang berupaya bertindak balas dengan makanan yang dibalut dengan plastik ini apabila ia bersentuhan secara terus. DEHA mencair pada suhu -15 darjah. Apabila berlaku tindak balas antara PVC dengan makanan yang dibalut dengannya boleh mengundang bahaya kepada ginjal, hati dan berat badan. 

Kod No. 4 – Low Density Polyethylene (LDPE) 
-Sejenis plastik berwarna coklat yang dihasilkan daripada minyak bumi (thermoplastic). Ia dipakai sebagai bekas makanan atau botol-botol yang kemek. 
-Ia bersifat kuat, tembus cahaya, fleksibel dan permukaannya agak berminyak. 
-Ia sangat tahan di bawah suhu 60 darjah selsius kepada tindak balas kimia dan mempunyai daya perlindungan yang baik terhadap wap air tetapi kurang elok bagi gas-gas lain seperti oksigen. 
-Ia masih boleh dikitar semula tetapi sukar untuk dilupuskan.

Kod No. 5 – Polypropylene (PP) 
-Ia merupakan pilihan yang terbaik untuk bahan plastik terutamanya sebagai tempat menyimpan makanan, minuman dan botol susu bayi. 
-Ia bersifat jernih, lebih kuat dan ringan dengan daya tembusan wap yang rendah, tahan terhadap minyak, stabil pada suhu yang tinggi serta berkilat. 
-Boleh ditemui pada penutup botol, botol kicap dan juga pada bekas perubatan.

Kod no. 6 – Polystyrene (PS) 
- Kebiasaannya digunakan sebagai bekas makanan styrofoam dan cawan atau gelas minuman pakai buang. 
-Ia juga merupakan polimer aromatik yang boleh mengeluarkan styrene pada makanan sekiranya ia bersentuhan. Styrene ini juga boleh ditemui pada asap rokok, kenderaan atau kilang. 
-Plastik PS ini seharusnya dielakkan kerana ia berbahaya pada otak, berpotensi mengganggu hormon estrogen wanita yang mengakibatkan masalah kepada sistem peranakan, pertumbuhan dan sistem saraf. Ia juga susah dikitar semula malah memerlukan masa yang lama untuk memprosesnya. 

Kod No. 7 – Other : SAN (Styrene acrylonitrile), ABS (Acrylonitrile butadiene styrene), PC (polycarbonate) 
-Ia boleh ditemui pada bekas makanan dan minuman, komputer dan alat elektronik. 
-PC biasanya digunakan untuk botol susu bayi, sippy cup, botol minuman dan tin susu formula. Bahan ini boleh memindahkan Bisphenol-A. Jika suhu meningkat ekoran pemanasan kepada makanan dan minuman yang berpotensi merosakkan hormon, kromosom pada ovari, penurunan penghasilan sperma serta mengubah fungsi imunisasi. 
-SAN dan ABS pula memiliki daya tahan yang tinggi terhadap tindak balas kimia dan suhu, kekuatan, kekakuan dan pertambahan tingkat kekerasan. 
-SAN biasa terdapat pada mangkuk adunan (mixer), balutan termos, piring, alatan makanan, penapis minuman dan berus gigi manakala ABS pula digunakan pada barang mainan dan paip. SAN dan ABS merupakan bahan plastik yang sangat baik digunakan. 
sumber: fb 

So kesimpulannya, pilihan selamat gunalah yang berkod 2, 4 dan 5 ataupun aternatif terbaik dalam mengelak penggunaan bahan-bahan ini ialah menggantikannya dengan bekas yang diperbuat dari seramik atau kaca yang dijamin selamat. 




Sunday, 24 January 2016

Giveaway Cash RM500 Jan 2016 by Emas Putih

Giveway January Cash RM500 by Emas Putih| Salam. Dijemput join GA uzu ni. GA pertama untuk tahun 2016. Sila tekan banner kalau nak join GA ini. Terima kasih.
[Tekan Banner Di Atas Untuk Join]
Ini ada satu produk baru yang membantu menghilangkan jerawat dalam masa 24 jam iaitu REFINITY Acne Hydrogel ! Ada 6 sebab kenapa anda perlu mencuba hilangkan jerawat anda dengan cepat iaitu :

1. PANTAS BERTINDAK
Formulasi Acne Hydrogel FOKUS pada rawatan jerawat dan bekas jerawat bagi menjadikan wajah anda kembali licin bersih berseri.

2. SENANG & MUDAH
Hanya sapu 2 kali sehari dan tunggu hasilnya. Cepat meresap dan kering tanpa rasa kesan minyak.
3. SESUAI UNTUK KULIT SENSITIF
Tidak seperti produk lain di pasaran, Acne Hydrogel diperbuat dari bahan herba Asli yang sangat efektif dalam rawatan jerawat dan bebas dari bahan kimia. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

4. PENGIKTIRAFAN
Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT151105679K) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PO-BMF-PPIM01407). Diyakini halal dan dijamin keberkesanannya.

5. 98% PENGGUNA BERPUAS HATI
Hampir 10,000 botol dijual setiap bulan dan hampir kesemua pengguna berpuas hati dengan kesannya. Setiap hari kami menerima testimoni positif dari pengguna.
Sesiapa yang berminat boleh dapatkan REFINITY Acne Hydrogel di http://refinity.com.my/ . Hilangkan jerawat anda semudah A B C dan sepantas kilat dalam masa 24 jam !!

Harga : RM70 sebotol / 2 botol RM130 *hargapromosi*

Giveaway January2016 Cash RM500 by Emas Putih disponser oleh Emas Putih , dan Refinity Malaysia. Terima kasih kerana join GA ini :)