Wednesday, 9 September 2015

Mengapa 'Healing Crisis' berlaku selepas pengambilan suplemen kesihatan?

Assalamualaikum semua.
Entri kali ni nak kongsi tentang info 'Healing Crisis'. 



Jemput baca dan tambah ilmu.
Moga bermanfaat.

Apakah Healing Crisis (HC)?
HC adalah satu proses di mana tubuh anda mengalami fasa cucian dari segala kotoran (toksin) sebelum pembinaan semula tubuh yang sihat. Ia adalah sebahagian daripada proses penyembuhan badan.

Semasa 'fasa cucian' segala sisa-sisa toksik yang telah terbina di dalam badan anda selama bertahun-tahun akan dibuang. Semasa proses penyingkiran toksik, badan anda akan mengalami tanda-tanda dan gejala tidak selesa

Dalam falsafah Perubatan Cina, proses penyembuhan yang sebetulnya harus didahului oleh HC.

Mengapa HC berlaku selepas pengambilan suplemen kesihatan?
Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita mengambil suplemen, nutrien yang terkandung dalamnya akan bertindak balas dengan oksigen dalam badan. Dan tindak balas ini sebenarnya menggalakkan dan merangsang organ badan untuk 'bekerja kuat' bagi menjalankan pembersihan, penukaran tisu yang lama dengan tisu baru, mengimbangkan dan lain-lain.

Sebagai contoh, anda mengalami ruam kulit dan ini menandakan badan anda sedang mengalami detoksifikasi.

Ibarat, paip besi berkarat. Apabila dimasukkan agen karat atau pembersih paip, pada permulaan pembersihan, air yang penuhi karat dan sangat -sangat kotor keluar terlebih dahulu. Kemudian, air bersih mula keluar setelah segalan kotoran karat telang hilang.

Adakah HC petanda yang baik?
Ya.

HC merupakan satu petanda yang menunjukkan bahawa rawatan atau suplemen yang anda ambil 'bekerja' (memberi tindak balas yang baik).

Sesetengah orang mungkin berfikir bahawa gejala HC yang dialami adalah tanda 'ketidaksesuaian' baginya dengan suplemen tersebut. Tetapi sebaliknya ia adalah satu proses penyembuhan semulajadi dan ia sememangnya satu petanda yang baik bagi menunjukkan proses penyembuhan sedang berlaku.

Umumnya, HC hanya berlaku kepada orang yang sihat kerana ia menunjukkan bahawa tahap kecergasan anda berada pada tahap paling baik hingga menghasilkan tindak balas pada perubahan biologi semasa proses penyembuhan.

Walau bagaimanapun, apabila tiada HC ia mungkin kerana sama ada orang itu mempunyai tahap kesihatan yang optimum dan tiada toksin dalam badannya atau tahap kecergasan badannya yang lemah sehingga badan sudah tidak dapat mengalami proses penyembuhan.

Adakah semua orang mengalami tanda-tanda dan gejala yang sama semasa HC?
Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah orang mengalami HC sejurus selepas dia mengambil suplemen atau hanya akan berlaku selepas satu atau dua bulanTahap HC yang dialami juga berbeza bergantung pada ketoksikan dalam sistem badan. Ketoksikan sistem badan yang lebih tinggi membolehkan seseorang mengalami HC yang lebih teruk.

Secara umumnya, berapa lama HC bertahan?
Ia bergantung kepada keadaan kesihatan individu. Ia boleh bertahan selama 2-3 hari atau bulan.

Sekiranya, dalam tempoh 2 bulan badan anda tidak menunjukkan sebarang perubahan samada positif atau negatif, anda berkemungkinan:

  1. tidak mengambil suplemen secara konsisten
  2. tidak mengikuti seperti dos yang disyorkan
  3. kemungkinan HC tahap paling teruk berlaku
  4. gaya hidup dan diet yang lemah
  5. penyakit kronik
  6. keadaan kronik

Ok tu je. Moga bermanfaat. 
Terima kasih sudi baca =)




Untuk sebarang pertanyaan/tempahan sila hubungi saya melalui 
SMS/Whatsapp di talian 012 266 0427.
Email: sayafiefi@gmail.com

2 comments:

  1. ohhh i see, sebab kdg2 ade org tibe2 dh sbulan dua bru rse kulit x ok ble amek sesuatu produk tu, pdehal memula ok, then trus salahkan...rupanya sedang healing process ya, hahaha

    ReplyDelete
  2. aah sel2 bdn br nak adapt dgn 'persekitaran' yang sihat...mudah je,pastikan pemilihan sumber yg selamat, berkesan dan organik..=)

    ReplyDelete

Kenali Vitalea Iron Formula Shaklee.

Apa itu Vitalea Iron Formula? Vitalea Iron Formula adalah multivitamin dan multimineral dari Shaklee yang telah 100 tahun lebih berada ...