Sunday, 29 November 2015

Saturday, 28 November 2015

3D GIVEAWAY BY IY&SYARIZWAN


3d puzzle untuk dimiliki =)
bagi yang berminat, sila klik banner dan join!
ESOK last.
sempat lagi nak join ni, syaratnya pun mudah je.
jom meriahkannya =)
 

Friday, 27 November 2015

Birthday Giveaway by Eina ~ Cerita Cantik Sihat

http://www.vitaminkesihatansejagat.com/2015/11/birthday-giveaway-by-eina-cerita-cantik.html 

salam jumaat buat semua =)

lama tak berentri blog. 
hari ni cari mood blogging dengan join giveaway ni.
nway, hari ni last ye!

nak join klik banner =)

Saturday, 21 November 2015

Segmen Bloglist Dec 15-Jan 16 By Afidah Azmi

http://iampiegirl.blogspot.my/2015/11/segmen-bloglist-dec-15-jan-16-by-afidah.html 

Blog sis fidah ni, ok, nice, simple, 'tak berat',
warna biru yang menghiasi menenangkan,
entri2 yang dikongsikan pun ok.

hehe, jangan marah yee, sebab bnyak ok je.
nanti Fiefi singgah lagi blog sis ye =)

Follower ke berapa tak ingat, sebab dah lama follow, 
kenal blog ni pun sebab banyak segmen yang disertai bersama =)


ohya! sesiapa yang join segmen ni klik banner ye!

Friday, 20 November 2015

Segmen Bloglist Meletop Sheila Inspire.

http://www.sheilainspire.com/2015/11/segmen-bloglist-meletop-sheila-inspire.html

ni IG Fiefi:  fiefiismail

seriusly, mudah je syarat2 segmen ni,
jom meriahkannya =)
klik banner untuk join!

Monday, 16 November 2015

Kenapa Vita-Lea menjadi antara daily supplement?

"Untuk hari nih, Lyana nak share dengan awak semua berkenaan supplement Vita-Lea yang kini menjadi pilihan hati Lyana sendiri sejak pregnant nih. Alhamdulillah tergerak juga hati nak consume, sebab Obimin yang Doctor bagi macam tak jalan kat Lyana.

Okayh sebelum nih Lyana pernah cerita kat entry-entry lama, berkenaan dengan masalah tekanan darah rendah yang Lyana alami sejak kecil lagi. Kalau nak tahu, berlarutan tau sebenarnya sampai sekarang malahan makin teruk semasa pregnant. Lyana cepat rasa nak pitam bila lambat makan, keadaan terlampau panas atau badan terlalu penat sebab travel Muar-Pasir Gudang. Just that Lyana perasan yang sejak Lyana amalkan Vita-Lea, alhamdulillah takde lagi dah rasa pening, nak pitam, dan seterusnya boleh sampai ke pengsan. So siapa yang share the same problem macam Lyana nih, meh lah try Vita-Lea nih. Jangan nanti sampai makin teruk baru nak take action yer. Bukan wanita hamil jer boleh consume Vita-Lea nih

Kenapa Vita-Lea menjadi antara daily supplement pilihan Lyana sendiri? 
Lyana memilih Vita-Lea sebab Vita-Lea nih bertindak sebagai...
- Penambah tenaga
- Pelengkap nutrisi
- Melambatkan proses penuaan
- Stimulasi metabolism
- Melindungi organ
- Membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya
- Membantu mencegah penyakit tiroid @ beguk

Semuanya terdapat dalam 1 supplement, dengan hanya 1 tablet sehari VITA-LEA SHAKLEE. Kadang-kadang ambil 2 juga bila Lyana tahu yang dalam 1 hari tu activities agak pack (pagi sebiji, malam sebiji).

Another thing.. Syukur sangat pada Allah, sejak consume Vita Lea dari awal pregnancy (nak dekat 3 bulan masa tu) memang HB takde problem and yang paling ketara sekali tang rambut and kuku tu. Rambut gugur memang kurang sangat-sangat, kuku pun nampak tak kusam and tak mudah rapuh. Kalau tak masa mula-mula awal pregnancy tu rambut gugur penuh masa lepas shampoo, kuku pulak tak boleh terlebih panjang sikit senang crack hujung dia macam nak patah! Sakit wooo

Thanks to Vita-Lea, both problems reduce and then terus okay sampai sekarang masuk 6 months pregnancy. Alhamdulillah.. Dari segi tenaga pulak, memang Lyana perasan lepas consume Vita Lea memang badan tak cepat letih and kurang sikit mengantuk. Kulit pun takde masalah sangat, masa awal-awal dulu naik ruam kejap may be sebab perubahan hormon kann masa pregnant nih, Doctor kata it is normal. But then after Lyana consume Vita Lea sekali dengan Vitamin C and ESP, alhamdulillah my skin dah back to normal. Licin jer balik" ~Lyana Hisham~


Sebarang pertanyaan/tempahan,
hubungi Fiefi 
012 266 0427

Sekarang kulit dah glowing, tak perlu nak make-up tebal dah!



Nak bagi testimoni. Asyik buat testimoni orang jerr.. kali ni nak bagi testimoni sendiri pulak.. 
gambar April tu pakai make-up tebal-tebal pun still nampak jerawat especially bahagian tepi-tepi hidung dengan dahi tuu.. muke pun kusam jerr... hehe 
 Tapi Ogos tu pakai bedak sikit jerr.. muke dah nampak glowing-glowing gituu.. sejak mengamalkan makan Vitamin C dan Vitamin E saje.. suke suke suke ..heheh 
~Hurul Ain~

Sebarang pertanyaan/tempahan,
hubungi Fiefi 
012 266 0427

1St GIVEAWAY By MB



 1st GIVEAWAY MagicBaked 

Jom meriahkan GA ni.
Klik banner untuk join =)
Tamat 29 November 2015.

Fiefi nak ajak sis afidah, wani dan eyda join sekali =)

Good luck!

Sunday, 15 November 2015

Perkembangan Bayi Usia Satu Minggu.

Bagi bayi baru lahir, dia akan perlahan-lahan menyesuaikan diri dengan bunyi bising dan dunia yang terang. Kesemua ruang tambahan di sekelilingnya masih baru untuknya. Korang akan perasan yang dia bergerak tersentak-sentak, tiada koordinasi sementara dia menyesuaikan dirinya. Tidak lama lagi, kemungkinan pada hujung bulan, pergerakannya akan lebih lancar kerana kawalan otot-ototnya semakin matang.

Adakah bayi comel korang yang sedang tidur kedengaran seperti mengalami hidung tersumbat?
Jangan bimbang jika bayi korang bernafas kuat semasa tidur. Tidak mungkin dia mengalami selesema. Kemungkinan besar salur pernafasannya sedang menyesuaikan dengan udara di rumah anda. Jika anda perhatikan, anda akan nampak yang dia bernafas di dalam kitaran. Ia boleh jadi cepat dan dalam, kemudian perlahan-lahan dan pendek. Ataupun mungkin perlahan dan dalam, atau kadangkala bising. Hubungi doktor jika anda benar-benar risau. 

Minggu pertama ni juga, bermulanya tugas baru ibu-ibu untuk menyusukan bayi. Diingatkan, cari, gali dan tambahlah ilmu tentang penyusuan semasa mengandung, bukan apa sebagai persediaan menyusukan bayi comel yang kita kandungkan selama ini. 

Bagi ibu-ibu yang masih belum cekap pada tahap ini, jangan sedih, jangan putus asa, lama kelamaan akan semakin mudah, jadi bersabarlah sekejap. Jika berasa kurang bersemangat, cuba ingatkan diri tentang faedah menyusu badan. 

Bagi yang baru bergelar ibu adakala tertanya-tanya, adakah bayi mendapat susu yang cukup, terutamanya jika bayi mahu minum sepanjang masa atau pun menangis selepas diberi susu. Jika bayi korang menyusu setiap dua atau tiga jam, atau sekurang-kurangnya lapan kali sehari, dia mungkin mendapat kesemua yang diperlukannya.

Cara lain untuk memeriksanya adalah melalui warna najis bayi. Ia merupakan tanda yang baik jika najisnya kekuningan pada hari keempat. 
~sumber rujukan~


Ok, sharing is caring.
Fiefi Ira :)

Giveaway Simple by cik akak & sponser.

Giveaway Simple by cik akak & sponser


Syarat Penyertaan : 

  • Follow Blog
cik akak  kathyrbain | syamimi  | wawa I Farah Arina | Salina Johari  | Ainul Aqma JMbelog  | Lorongcinta | Duniakita  | Arra |
  • Likes fanpage -  JMbelog I cik akak I cinta itu indah | Ainul Aqma 
  • Follow facebook - cik akak I JMbelog I Salina johari
  • Follow Instagram & Twitter - JMbelog I JMbelog I Salina johari I Farah Arina | Ainul Aqma | Arra 
  • Masukan link blog ini dalam senarai bloglist anda : http://kathyrbain.blogspot.my/
  • Buat entri bertajuk "Giveaway Simple by cik akak & sponser"
  • Copy coding yang disediakan & paste kan dalam ruangan HTML
  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini 
  • Giveaway berlangsung 13.11.2015 - 22.11.2015 [10 hari]
  • Giveaway tamat 22.11.2015 jam 11.59 malam
  • Pemenang dinilai melalui Nombor Cabutan Bertuah
Perhatian : Bagi syarat likes fanpage, follow facebook, Instagram & twitter peserta wajib follow setiap syarat sekiranya peserta ada akaun yang dinyatakan dalam syarat yang telah cik akak senaraikan. 

Sekiranya peserta tidak mempunyai akaun tersebut, peserta tak perlu ikut syarat yang dinyata. Apa yang penting kejujuran anda sebagai peserta giveaway. 

Follow blog wajib...tiada kelonggaran isu follow blog....semoga giveaway ini berjalan dengan lancar......

copy & paste coding ini dalam post entri anda...



Hadiah Giveaway

  • cik akak - Cash RM50.00 x 2 pemenang 
  • KathyRbain - Topup RM10.60 x 1 pemenang
  • Syamimi - Cash RM5.00 x 2 pemenang
  • Wawa - Topup RM10.60 x 2 pemenang
  • Farah Arina - Topup RM10.60 x 1 pemenang & Topup RM5.00 x 1 pemenang
  • Salina Johari - Cash RM10.00 x 2 pemenang
  • Ainul Akma - Topup RM10.60 x 1 pemenang
  • JMbelog - Topup RM10.60 x 5 pemenang
  • Lorongcinta - Topup RM5.00 x 2 pemenang
  • Duniakita - Topup RM5.00 x 2 pemenang
  • Arra - Topup RM10.60 x 1 pemenang

Ilham giveaway copy & paste coding - Rujuk Entri Kak Mialiana


4 Manfaat Utama PD yang Sangat Enak!

PD (Performance Natural Orange) merupakan minuman sukan pertama bagi para atlet di Amerika Syarikat. Pertama kali ia dihasilkan pada 1980an oleh saintis Shaklee dan Universiti Yale bagi membantu projek penerbangan Daedalus (human-powered flight programme). Melalui perkasaan PD, penerbangan Deadalus telah mencipta rekod sejarah sebagai penerbangan berkuasa manusia yang terjauh iaitu 72 batu dan ini masih bertahan hingga kini. Menarikkan PD ni, minuman pilihan para atlet dan ahli angkasawan.

Untuk entri kali ni, jom tambah ilmu tentang manfaat yang boleh diperolehi dari PD ni. Antara manfaatnya, termasuklah:
1. Meningkatkan daya ketahanan badan - memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal, meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh 
2.Membekal tenaga dan daya ketahanan fizikal - ia mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolism air dalam tubuh. Ia mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium dan chloride. Produk ini turut dirumus eksklusif untuk membekalkan tenaga fizikal terutamanya mereka yang menetap di kawasan tropika dan mereka yang aktif dalam kerja harian 
3. Mencegah penyahhidratan - mengurangkan kehausan, mencegah penyahhidratan, melembabkan kulit dan kelihatan muda
4. Mengekalkan paras gula - terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan percepatkan sembuhan akibat kecederaan otot 

Menarikkan manfaat yang boleh kita perolehi bila minum PD ni. Sangat bermanfaat bila musim cuaca panas menjelma, sebab leh bantu bertenaga dan cegah penyahhidratan. So, apa lagi jom dapatkan satu!

Sebarang pertanyaan/tempahsn, hubungi Fiefi 012 266 0427

Saturday, 14 November 2015

4 Mitos dan Fakta Dalam Amalan Pantang Larang Pemakanan Selepas Bersalin!

Sepanjang tempoh berpantang, ibu-ibu biasa dimomokkan dengan beberapa pantang larang terutama dalam hal pemakanan.Tiada hal, jika ibu berpantang mengamalkan pantang larang sedemikian tetapi diet yang seimbang dan makan secara sihat mesti diutamakan.

Berikut 4 mitos dan fakta dalam amalan pantang larang pemakanan selepas bersalin yang mahu Fiefi kongsikan hasil dari pembacaan Fiefi.

1. Jangan makan ubi-ubian ?
Mitos: Ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan daripada jenis ubi-ubian seperti keledek, keladi dan ubi kayu kerana makanan ini dipercayai mengganggu proses pencernaan dan menyebabkan ibu kembung perut. 
Fakta: Ubi-ubian merupakan makanan bijirin yang membekalkan karbohidrat sebagai sumber tenaga. Jika ibu tidak boleh mengambil ubi-ubian semasa dalam pantang, ibu boleh mengambil makanan gantian daripada kumpulan bijirin yang lain seperti nasi sebagai sumber karbohidrat dalam diet ibu. 
 2. Mengelak makanan 'sejuk' ? 
Mitos: Sayur-sayuran dan buah-buahan seperti kangkung, petola, terung, timun, tembikai dan pisang dianggap ’sejuk’ dan tidak boleh diambil oleh ibu dalam pantang. Mengelakkan makanan sejuk dikatakan dapat membantu melancarkan pengaliran darah dan melambatkan proses pemulihan. Makanan sejuk menyebabkan kembung perut, kejang otot dan sakit-sakit badan. 
Fakta: Tiada kajian saintifik yang dapat membuktikan bahawa mengelak makanan-makanan ini memberi sebarang faedah kepada kesihatan ibu dalam pantang. 
Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan amat penting sebagai sumber vitamin, mineral, fitokimia dan serat. Serat amat penting untuk melancarkan pembuangan najis bagi mencegah masalah sembelit yang sering kali dialami oleh ibu yang baru bersalin. Malaysia kaya dengan kepelbagaian sayur dan buah. Oleh yang demikian, ibu yang dalam berpantang boleh memilih sayur dan buah yang tidak dianggap sebagai ’sejuk’ untuk memastikan keperluan harian buah dan sayur dapat penuhi. 
Contohnya : 
Sayur-sayuran : sawi hijau, bayam, kucai, ulam-ulaman (contoh : pegaga, daun cekur dan ulam raja).  
Buah-buahan : oren, betik dan pisang.  
3. Ikan, ayam dan telur adalah 'bisa' ? 
Mitos: Beberapa jenis ikan, ayam, telur dan beberapa jenis buah-buahan seperti nenas dianggap sebagai ’bisa’ dan ’tajam’. Makanan berbisa dikatakan boleh melambatkan penyembuhan luka bersalin serta boleh menyebabkan pendarahan bagi ibu dalam pantang. 
Fakta: Makanan ini merupakan sumber baik bagi protein, vitamin dan garam mineral. Ibu dalam pantang perlu mengambil secukupnya makanan sumber protein seperti ikan, ayam, telur dan kekacang. 
Sumber protein amat penting untuk memulihkan luka akibat bersalin sama ada luka faraj atau pembedahan. Salah satu fungsi protein adalah pembentukan tisu-tisu badan yang membantu luka untuk sembuh. Selain itu, makanan ini juga membekalkan zat besi yang penting untuk pembentukan sel darah merah bagi menggantikan darah yang banyak hilang semasa proses kelahiran dan dapat mencegah masalah anemia
Kekacang juga merupakan sumber serat yang baik. Ibu selepas bersalin memerlukan banyak protein. Oleh itu, elakkan amalan hanya mengambil ikan kering semasa berpantang kerana ini boleh memudaratkan kesihatan. Pastikan diet harian ibu mengandungi sumber makanan daripada kumpulan ini. 
4.Ibu dalam pantang tidak boleh minum air ? 
Mitos: Ibu dalam pantang tidak boleh minum air dengan banyak kerana dipercayai boleh menyebabkan urat saraf menjadi kembang. 
Fakta: Ibu dalam pantang perlu minum air secukupnya iaitu 6-8 gelas sehari. Kepercayaan ibu dalam pantang perlu mengehadkan pengambilan air adalah perlu dielakkan. 
Pengambilan air yang mencukupi penting untuk : 
  • memulihkan kecergasan badan 
  • keseimbangan elektrolit 
  • mengawal suhu badan
Pengambilan air secukupnya amat penting bagi ibu yang menyusukan bayi untuk menggantikan air yang diguna untuk menghasilkan susu ibu. Seseorang ibu menghasilkan anggaran 800ml atau 4 gelas susu ibu sehari.

Apa  yang penting, makan secara sihat perlu diamalkan agar ibu sentiasa cergas, ceria dan sihat semasa dalam pantang.

Semoga bermannfaat!

Sharing is caring,
Fiefi Ira =)

Quote of the day #14

Jom sebarkan aura positif!

Keputihan tiada dan Alergik berkurangan dengan Vitamin Shaklee.

Testimoni daripada sorang kawan.
Apa yang kawan saya ni consume adalah: ★Alfalfa Vita-C 
Mula2 just consume Alfalfa je. Tapi sekarang bila dah rasa sendiri #shakleeeffect tambah lagi consume Vita-C. Dua2 pon produk terbaik & feveret ramai.

Beliau cuba Alfalfa untuk selesaikan 1 je masalah yang beliau alami iaitu keputihan yang merupakan masalah lazim bagi kebanyakan wanita. Lepas SEMINGGU consume Alfalfa, alhamdulillah keputihan dah takde. Lepas SEBULAN, beliau dapat rasakan perubahan pada aset wanita seperti yang diingini. Dalam masa yang sama, pembuangan air besar pon lancar, katanya 'tak payah tunggu toilet lama2'.

Dah setel masalah tu, datang pulak Allergic. Ape lagi, beliau consume pulak Vita-C bersama dengan Alfalfa untuk hilangkan masalah hidung berair, bintik2 kat muka & gatal2. Lepas dah consume Vita-C, tanda2 allergic berkurangan. Alhamdulillah! ~Nuruzawani~



 Untuk pertanyaan/tempahan, hubungi Fiefi 012 266 0427

Promosi November: SR Vita C Plus.( Beli 2 Jimat 5% )
Nak banyak lagi jimat, join ahli =)

Friday, 13 November 2015

Resdung dan vitamin Shaklee: Dah tak rasa gatal-gatal hidung!

Teringat mula-mula terjebak dengan Shaklee.. 
 Mula-mula tu tak tahan resdung teruk..
dan bibir selalu mengelupas if kerap minum air kosong.. 
Walaupun jerawat jarang tumbuh kat muka..
tapi mungkin faktor keturunan..
sebab mak dulu resdung teruk.. 

 Macam-macam cara buat untuk hilangkan kurangkan resdung...
kali terakhir pergi terapi spa untuk buang resdung...
lepas dua 3 hari memang rasa ok..
Hidung dah tak rasa gatal..mata telinga pun dah tak rasa merayap gatal.. 
 Lepas seminggu rasa lagi teruk..hidung rasa nak cabut..mata makin kabur..

Tapi....
Alhamdulillah dikenalkan dengan product Shaklee oleh Mimi Farhana..
so saya pon ambik set resdung (Alfalfa+vita C) B complex tak ambik lagi..
sebab time tu fulus tengah kurang.. 

 Apa yang magik..apa yang hebatt..apa yang terbaikk!!
 Alhamdulillah tak sampai seminggu consume..
dah tak rasa gatal-gatal hidung..
mata makin ok..
yang best seafood boleh makan sesuka hati..
masalah keputihan ke..kulit kering..semua beres..
malah kulit muka makin cantik.. 

 Maka bermulalah keyakinan terhadap product Shaklee..
sedikit demi sedikit mencuba product shaklee..
sambil berbisness untuk menambah pendapatan... 

 Alhamdulillah..
setelah setahun lebih terjebak..
memang saya yakin supplement terbaik setakat ni adalah Shaklee...
~Eiey Habibah~


Untuk pertanyaan/tempahan,
hubungi Fiefi
012 266 0427

Wanita dan Keputihan. Adakah Ianya Normal atau Penyakit?

Adalah normal bagi seseorang wanita itu mengalami KEPUTIHAN, kerana ia sebenarnya adalah proses perubahan hormon dan pembersihan di mana sel-sel mati dikeluarkan dari dalam lubang faraj.

Secara biologi, keputihan berlaku pada sekitar sebelum waktu haid bagi setiap wanita. Dalam kebanyakan kes, masalah keputihan yang kerap berlaku kepada para wanita adalah disebabkan oleh kulat. Ini termasuklah wanita hamil. Namun, apabila masalah menjadi lebih kronik, pemeriksaan perlu dilakukan kerana dikhuatiri ia mempunyai kaitan dengan masalah kencing manis ketika hamil.

Bagi wanita yang tidak hamil, keputihan lazimnya berlaku sewaktu stres ataupun ketika imuniti tubuh menjadi lemah. Keputihan yang normal bukanlah satu penyakit yang berbahaya atau gejala penyakit tetapi apabila tanda-tanda abnormal muncul itu akan dikhuatiri akan menjadi penyakit. Keputihan yang normal biasanya lelehan yang dialami berwarna jernih dan banyak lendir tetapi tidak berbau dan tiada rasa gatal-gatal.

Punca keputihan 

  1. Perubahan hormon yang dilalui setiap wanita 
  2. Jangkitan kuman yang menganggu organ kewanitaan 
  3. Keputihan akan bertambah cair ketika ovulasi dan bertambah likat ketika hampir haid
  4. Wanita yang dalam keadaan terangsang seksualnya juga boleh menambahkan lagi keputihan yang dialaminya
  5. Keadaan stres mental juga boleh mengakibatkan perubahan hormon dan mengakibatkan keputihan berlebihan
  6. Penyakit dalaman seperti penyakit kencing manis, tiroid juga mengakibat ketidakseimbangan hormon dan cenderung kepada penyakit
  7. Jika anda aktif dalam melakukan hubungan kelamin, maka anda perlu menjalankan ujian pap smear dan pemeriksaan pelvis

Mengenali Simptom Keputihan & Penyebabnya 

Cara paling mudah untuk kita mengenal pasti samaada keputihan anda di tahap normal atau abnormal adalah melalui simptom keputihan itu :


1-Simptom 1 

  • Lendir bewarna putih kekuningan, pekat bergumpal,berbau dan gatal di vagina 
  • Penyebabnya ialah kulat Candida sp 
  • Jika dibiarkan boleh melemahkan pertahanan diri dan menggalakkan bakteria bahaya lain merebak seperti E-Coli 
2-Simptom 2

  • Lendir berwarna kuning pekat kehijauan, berbuih dan berbau busuk.
  • Vagina terasa sakit jika ditekan,kadang kadang disertai rasa sakit semasa buang air kecil dan ada bintil atau luka di bibir vagina serta gatal. 
  • Penyebabnya ialah bakteria jenis Trichomonas vaginalis dan Enterobiasis 
  • Kemungkinan penyakitnya ialah jangkitan penyakit kelamin 
3-Simptom 3

  • Lendir pekat dan kehijauan kadang-kadang bercampur darah, berbau hamis namun tidak timbul rasa gatal pada vagina dan terdapat luka. 
  • Penyebabnya adalah virus dan dikhuatiri mungkin tanda tanda awal pra kanser rahim

Keadaan yang menyebabkan berlaku keputihan 
1-Pada masa yang subur 
Pada waktu subur tubuh wanita akan giat menghasilkan hormon estrogen akibatnya lendir yang dihasilkan vagina akan lebih banyak dari biasa. 
2-Ketika hamil 
Ketika hamil hormon estrogen lebih dikeluarkan dan pada waktu itu keputihan penting untuk menjaga kelembapan sekaligus meningkatkan persediaan vagina melakukan peregangan ketika waktu untuk melahirkan. 
3-Saat terangsang 
Lendir di vagina akan lebih banyak keluar jika wanita terangsang secara seksual. Cairan yang keluar ini berfungsi sebagai pelincir yang membantu saat melakukan hubungan seksual. 
4-Berat badan yang berlebihan 
Apabila lemak terlalu banyak di kaki atai celah paha dan kelangkang ini akan menjadikan kawasan tadi lembab dan ini memudahkan kulat membiak dan keputihan akan terjadi. 
5-Minum/memakan antibiotik dalam dos tinggi
Dalam vagina terdapat bakteria yang bertugas menstabilkan keasidan pH vagina agar tetap. Dalam keadaan asid dan antibiotik yang diambil secara berlebihan akan membunuh bakteria berguna tadi dan ini akan merosakkan kestabilan pH vagina dan akan menyebabkan kulat dan bakteria berkembang baik dan menyebabkan keputihan. 


Kesan daripada keputihan ni, boleh menimbulkan masalah hubungan intim dan juga masalah kesihatan kesuburan. Jadi, buat semua wanita yang mengalami keputihan janganlah pandang ringan akan hal ini.

Jika ia tak dirawat, tak mustahil ia akan merebak dan menyerang organ-organ penting dalam badan. Malah yg lebih teruk, ia mampu merebak ke pasangan kita. Dimana kesannya organ seksual lelaki juga turut akan berasa gatal,melecet dan kemerahan.






Ok, harap bermanfaat. Nantikan entri akan datang, InsyaAllah Fiefi kongsikan cara untuk membantu mengawal keputihan ni. Terima kasih, sudi baca =)


Sharing  is caring,
Fiefi Ira =)

Rebut Wang Tunai RM310 by Syira Lokman


http://syiralokman.blogspot.my/2015/11/rebut-wang-tunai-rm310-by-syira-lokman.html      

Salam Jumaat semua =)
Jom join ni.Memeriahkan sambil tambah kenalan.
Tamat: 25 November 2015
good luck!

Thursday, 12 November 2015

Giveaway Duit Saku Dari BBL



Assalamualaikum & hello there,


Rasanya dah makin stress rakyat Malaysia dengan isu harga barang & perkhidmatan dah naik. Pergi sana - harga barang naik, pergi situ - harga itu naik & datang sini pun dah naik harga. Tapi jangan risau jangan kusut kepala kerana BBL nak kasi duit saku untuk korang! 

Tepuk tangan sikit!

Boleh buat belanja nasi lemak & teh tarik untuk breakfast atau beli nasi goreng telur mata makan malam ya. Kiran macam BBL belanja versi digital la. Okay check out berapa banyak duit saku untuk pemenang.

Hadiah duit saku dari BBL

Duit saku RM30 
untuk 1 orang pemenang

Duit saku RM20 
untuk 1 orang pemenang


Duit saku RM10 
untuk 2 orang pemenang

Duit saku RM5 
untuk 4 orang pemenang

Cara nak join sangat mudah. Follow step dibawah :

1. Add BBL di

Follow blog

#Masukkan blog BBL dalam Bloglist Korang

LIKE fan page

Add Google+

Add Twitter

Add  Instagram

2. Buat satu entri bertajuk "Giveaway Duit Saku Dari BBL"

3. Copy coding yang disediakan & paste kat ruang HTML & publish entri


Cara nak paste code dalam entri


4. Tinggalkan link URL entri korang dalam kotak komen SINI (link)

Tu saja. Senang sangat kan.

Tarikh tamat giveaway pada 14 November 2015

Pemenang akan diumunkan pada 16 November 2015 nanti


BBL ~ Cepat submit link URL korang
o\( ̄ρ ̄)/o

Sekian terima kasih & selamat hari raya

8 Makanan Perlu Dielak Oleh Ibu Mengandung!

Apakah makanan yang perlu dielakkan semasa hamil?

Terdapat beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan semasa hamil kerana ia boleh membahayakan bayi dalam kandungan.
1. Kerang yang terdapat dalam laksa dan kuew teow goreng sepatutnya direbus terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam makanan tersebut, oleh itu korang digalakkan untuk memberitahu penjual untuk tidak memasukkannya dalam makanan itu kerana kita tidak tahu sama ada ia dimasak dengan betul atau tidak.
2. Bahan-bahan dalam hidangan stimbot yang tidak masak sepenuhnya. Pastikan supnya dipanaskan hingga mendidih setiap kali bahan baru ditambah terutamanya kerang-kerangan, daging dan telur.
3. Keju dengan kulit ari yang putih dan berkulat seperti Brie dan Camembert, dan keju berjaring biru seperti Stilton. Semua keju ini mungkin mengandungi listeria iaitu bakteria yang boleh membahayakan bayi anda.
4. Pate, daging mentah atau kurang masak dan telur. Semua ini adalah sumber bakteria yang boleh membahayakan bayi anda. Apabila memasak daging atau telur, pastikan ia masak sepenuhnya.
5. Makanan laut mentah seperti tiram atau sushi. Ikan jerung, todak atau marlin. Ikan-ikan tersebut mengandungi raksa (merkuri) yang hadir secara semula jadi dalam jumlah yang tidak selamat. Tuna juga mengandungi raksa, oleh itu hadkan pengambilannya kepada tidak kurang daripada empat tin bersaiz sederhana atau dua stik segar seminggu.
6. Hati dan produk hati (pate, sosej hati) perlu dielakkan kerana kesemuanya mungkin mengandungi sejumlah besar vitamin A jenis retinol. Terlalu banyak bahan ini boleh membahayakan bayi dalam kandungan.
7. Kurangkan atau berhenti minum minuman beralkohol semasa hamil. Jika mau minum, jangan minum lebih daripada dua unit, sekali atau dua kali seminggu, dan jangan minum hingga mabuk.
8. Hadkan juga pengambilan kafein kepada 200mg sehari. Itu bermakna dua cawan besar (mug) kopi segera atau empat cawan teh atau lima tin minuman kola sehari. Sebagai ganti, anda boleh ambil kopi atau kola nyahkafein. 

Sumber rujukan

Sharing is caring,
Fiefi Ira =)

Mulakan dari dalaman, untuk betulkan luaran!

 

Azie nak kongsi tentang vitamin pertama yang buat Azie jatuh cinta dengan Shaklee. Azie dulu dari sekolah menengah sampailah dah sambung belajar memang gila produk kecantikan. Bila tak nampak kesan best je, tukar pulak yang lain. 

Sampailah satu masa tu Azie guna produk yang tak sesuai dengan kulit Azie. kesannya?? Kulit Azie jadi sangat teruk dalam masa singkat je. JERAWAT tumbuh dengan hebatnya. PARUT penuh satu muka, kulit MUKA BERMINYAK sangat2. Ha! masa tu memang rasa menyesal tak sudah wooo..huhu. Give up tersangat2 sampai tahap dekat tangan sentiasa ada 1 cermin kecil. Selalu tengok dekat cermin dan cakap kat diri sendiri yang masalah ni sikit je sebab nak sedapkan hati. T_T. Sampai tahap macam tu sekali! 

Tapi segalanya berubah selepas consume Sr Vit c Shaklee. Azie consume Sr vit c 1 biji je sehari. Dalam 2 minggu amalkan, Azie dapat rasa PERUBAHAN KETARA! Muka sudah TIDAK BERMINYAK, PARUT pun makin PUDAR dan JERAWAT dah tiada! Happy tak terkata!! Keyakinan diri dah kembali sebab tak de rasa malu dah nak berhadapan dengan orang ramai. Memang kagum dengan Sr Vit c Shaklee. Dah lah harganya MURAH, KESAN HEBAT, TAHAN LAMA pulak tu.

Memang ini lah tindakan azie yang paling bijak selepas berpuluh-puluh jenama produk Azie guna.^^V. Kepada anda semua, jika nak BETULKAN LUARAN, kita mulakan dari DALAMAN. Bila dalaman sihat, dapat nutrien yang diperlukan, InsyaAllah akan terserlah kesannya di luaran juga.

Ingat, pilihlah supplement yang bagus yer.. Supplement yang terbaik tentulah yang 100% SEMULAJADI, macam SHAKLEE!! Terbaik!
~Aziah Sadri ~ 

Subhanallah. Dengan izinnya, kulit muka sudah tak berminyak, parut-parut pudar dan jerawat  pun tiada lagi. SR Vita C Plus dijadikan asbab dalam usahanya memulihkan masalah kulit muka.

SR Vita C Plus, produk vitamin C Shaklee yang:
1. 100% semulajadi penghasilannya 
2. mempunyai kandungan vitamin C pekat (500mg) 
3. sistem penyerapan berterusan (proprietary sustained release system) yang bertindak mengikut pelepasan masa 
4. pertambahan 120mg complex citrus bioflavonoids yang berfungsi menghalang vitamin C dari teroksida
5. berkesan, selamat dan halal


BONUS! Promosi SR Vita C Plus bulan ni!
Nak murah lagi , join ahli =)

Rakan kesihatan anda,
Fiefi Ira=)
012 266 0427

Wednesday, 11 November 2015

Gembira Rasa Hati, Kulit Muka Makin Ok, Berminyak Pun Tak!

 
Dari awal-awal lagi kulit memang problem, awal tue maksudnya dari remaja-remaja lagi. Hehehe. Jerawat tak pernah stop naik, sedih tengok muka sendiri, pun ramai ja orang tegur,

'Jangan picit-picit nanti hitam parut'
'Awat muka kakak macam tue?'
'Banyaknya jerawat hang!'

Tak kurang yang pandang semacam ja, sedih bebenor rasa hati. Down ja selalu. Tambah lagi bila pi kenduri, muka kawan-kawan licin ja. T.T

Selepas ambil GLA COMPLEX, atas sebab kesihatan lain, secara tak sengaja, kulit muka makin ok. Ok kat sini means NAMPAK perubahan. Makin bersih. Tanya kak ayu gojesh. Sy punya distributor, dia kata cuba consume ESP DAN VITA C.

Nah kauuu... Alhamdulillah. dengan izin Allah. Elok dah kulit. Hehehe. Gumbira rasa hati kulit makin ok, berminyak pun tak. Sebab tue suka Shaklee ni dan share dengan semua. Kalau tak ok sapa nak share. Jimat pun jimat.
~Ainie Jasmi~

Produk yang digunakan ialah Esp Shaklee dan Vita C Plus sebagai usahanya untuk mengatasi masalah jerawat dan kesihatan kulit.

Esp Shaklee, minuman tambahan protein daripada kacang soya yang tak diubah genetiknya.Kebaikanya, merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
 SR Vita C Plus,  Pengambilan vitamin C setiap hari melambatkan penuaan, kulit lebih cerah dan menyekat pembentukkan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat. Selain tu ia mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit serta merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.

Sekiranya anda mengalami maslah yang sama, jangan mudah down dan hilang keyakinan. Setiap insan adalah cantik kejadiannya =) Yang penting, berusaha dan ikhtiar mengatsi masalah tersebut.

Mahu cuba juga? Jimat untuk bulan ini, kerana terdapat promosi SR Vita C Plus.

Rakan kesihatan anda,
Fiefi Ira,
012 266  04 27

Perlu ke ambil suplemen ni?

Entri kali ni berkisahkan suplemen. Semua dah tahu ke tentang suplemen ni?

Sejujurnya Fiefi dulu takde pun ambil hal tentang suplemen ni. Padahal cara makan pun bukanlah seimbang pun. Sayur pun tak makan sangat. Hahaha. Tapi sejak pegang title 'seorang IBU' ni memang rasa ia satu perkara penting yang perlu diambil kira. Jadi ibu kan mesti lah jadi SuperIbu. Tu kena ambil tahu dan ambil suplemen tu =)

Suplemen juga dirujuk sebagai makanan tambahan. Ia didefinisikan sebagai satu cara penyediaan nutrien seperti vitamin, mineral, serat, asud lemak atau asid amino yang bertujuan untuk menambah diet yang boleh hilang atau tidak diperolehi dalam diet seseorang. Ada sesetengah negara mentakrifkan makanan tambahan sebagai ubat-ubatan, makanan atau produk kesihatan semulajadi.

Sekarang kira berada di era kegemilangan yang sangat mencabar dan berbeza dengan gaya hidup zaman datuk nenek moyang kita dulu. Sekarang banyak muncul penyakit yang bahaya dan adalah penting pengambilan suplemen dalam usaha kita untuk mengekal kehidupan yang sihat. Keadaan sekarang dah tak sama cam dulu.

Berikut 7 faktor pentingnya pengambilan suplemen dalam usaha menjaga dan mengekalkan kehidupan yang sihat.
1. Kita sering terdedah dengan pencemaran alam sekitar 
Ya, keadaan bumi kita sekarang sudah tidak sihat. Tahun ni aje, banyak kali hadirnya 'musim jerebu'. Dalam kehidupan kita pun, dari saat awal pagi saat kita menghidupkan enjin kereta pun kita dah terdedah dengan pencemaran. Korang tahu tak, pemeluwapan dari bahan-bahan di dalan kereta terutamanya dashboard mengandungi bahan kimia berbahaya? Ya, terdapat karsinogen, agen penyebab kanser. Tu dalam kereta. Kat luar dengan asap kenderaan, debu -debu pasir tanah, dan asap rokok lagi. Kat rumah pun, dengan cat rumah tu juga bahan pencuci yang digunakan, turut mengandungi pencemaran kimia yang kita tak nampak dengan mata kasar tapi ada kesannya. 
2. Badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien 
Badan kita perlukan lebih nutrien yang membekalkan antioksidan seperti vitamin C, E bagi meningkatkan sistem imun bila badan tak sihat, mula nak demam atau selsema. Malah, jika kita mengalami kecederaan pengambilan nutrien protein adalah sangat kritikal bagi membantu proses baik pulih sel yanv rosak dan proses penghasilan sel-sel baru. Ada golongan yertentu yang perlukan jumlah nutrien yang lebih seperti ibu hamil, ibu menyusu. 
3. Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas atau tercemar 
Kita biasa pilih buahan atau sayuran yang segar-bugar semasa beli di pasaraya. Tapi tahukah kita, kebiasaannya buahan atau sayiran yang 'nampak' segar, fresh tu boleh mengundang bahaya? Ya, kerana kebanyakannya diselaputi dengan racun serangga yang bahaya dan bahan pengaeet yang membolehkannya tahan lama. Penggunaan baja kimia pula semakin meluas kini. Berhati-hati memilih buahan dan sayuran atau dapatkan yang ditanam secara organik. 
4. Mengamalkan gaya hidup tidak sihat 
Anda rasa sihat tak gaya hidup anda sekarang? Paling mudah tengok keadaan yang tertekan atau stress. Stress muncul saat anda bekerja? Kalau tak, Alhamdulillah. Stress saat dalam perjalanan yang bersesak dari rumah ke tempat kerja. Tangani stress elok-elok sebab stress boleh musnahkan vitamin B dan C. Vitamin B dan C ni sangat-sangat fragile tau! Pukul berapa korang dinner ye? Alhamdulillah, andai awal. Kalau lewat tu jadi masalah perut boroi. Makan lewat malam ni menyebabkan pengumpulan lemak berlebihan dan peningkatan kolesterol. Dan awas kalau dijadikan habit makan lewat malam ni, sebab tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi boleh menyerang pada usia yang muda. 
5. Kebanyakan rakyat Malaysia makan ikut selera rasa 
Contoh nasi lemak. Kebiasaanya di ambil awal pagi sebagai sarapan. Tapi disebabkan kelazatan dan lemaknya nasi, ia boleh dinikmati bila-bila masa. Pelbagai gaya nasi lemak boleh kita dapatkan 24 jam terutama di kedai-kedai mamak. Fast food pun jadi pilihan ramai sekarang. Senang, mudah, cepat dan banyak kioks-kioks sekarang ni menawarkannya. Kalori makanan segara ni kebanyakkan tinggi. Pertambahan kalori mudah diperolehi tapi pembakarannya bergantung apa aktiviti yang kita lakukan dan mengambil masa. 
6. Gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan 
Awas sekiranya anda penggemar makanan atau minuman berkafein. Ini kerana kafein boleh menghalang penyerapanbeberapa nutrisi penting seperti vitamin D dan kalsium ke dalam tubuh. 
7. Kehilangan nutrien dalam makanan 
Ada yang berpendapat makan di rumah pun boleh dapat nutrisi yang diperlukan. Tapi tahu dan pastikah kita masakan kita di rumah tu bernutrisi dan lengkap? Bahan-bahan segar dari ladang kehilangan nutrisi semasa proses pengasingan, pembunhkusan dan penghantaran. Bila kita perolehi dari pasaraya, bkita beli dan balik rumah, simpan dalam peti sejuk juga boleh menyebabkan kehilangan nutrisi. Bila kita potong-potong, sedia untuk masak lagi, menggoreng atau memasak terlalu lama, berlaku kehilangan nutrisi lagi. Jadinya, betapa banyak nutrisi yang kita dapat bila semua ni siap dimasak? 

Fikir-fikirkan korang! Dengan keadaan sekarang, gaya hidup yang kita pilih, perlu dan penting tak untuk kita ambil suplemen ni.

Pilihan kita sekarang, menentukan siapa kita di masa akan datang!


Sharing is caring,
Fiefi Ira :)

Giveaway Duit Saku & Bawal Aidijuma By Cik Tulip

http://besidesme21.blogspot.my/2015/11/giveaway-duit-saku-bawal-aidijuma-by.html 

Selamat pagi semua =)

Jom meriahkan GA ni.
Last 30 November ni.
Fiefi nak ajak Afidah, Adda, dan Kak Farah meriahkan juga GA ni. Klik banner untuk join.
Good luck =)

Ohya! Untuk Cik Tulip, selam kenal. bagi Fiefi, nice dan simple blog, ada chatbox boleh bagi ruang untuk sesiapa singgah kat situ tinggalkan jejak dan tak 'berat' .

Tuesday, 10 November 2015

Selamat Bercuti Semua Tapi Jangan Dilupakan 5 Benda Ni Bila Pergi Bercuti!

Hari ni Selasa, 10 November 2015.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Seronokkan, hari ni cuti =) 
Ya, cuti Deepavali hari ni.Cuti awam 2015. Korang plan apa hari ni? Moga semua enjoy dengan aktiviti hari ni. InsyaAllah. Atau maybe ada yang sedang menikmati percutian atau berholiday bersama orang-orang tersayang. 

Korang kalau pergi bercuti ni suka bawa apa ya? 
Fiefi jenis sempoi je. Ofkos bawa keperluan pakaian mengikut hari pergi bercutila, tapi kalau tudung tu Fiefi pilih yang mudah nak pakai, takde nak kena iron dulu ke dan yang penting boleh match dengan banyak baju seluar yang di bawa. Takde nak berangkut-angkut banyak tudung ni..hehe Baju seluar pun jenis yang selesa, dan tak perlu berseterika gak.

Makanan, bawa gak bekal biskut roti sedikit. Ok la, nak wat alas perut. Tapi sejak kenal Esp ni, lagi best sebab membantu bagi rasa kenyang lebih lama dan lagi bertenaga. Minuman, air putih ofkos, WAJIB..Selain tu, ada gak bawa 3in1 minuman kegemaran.

Telefon dan charger jangan dipisahkan. Sebab sangat-sangat penting lagila kalau yang jenis guna phone je untuk snap foto sebagai kenang-kenangan..Haha..Fiefi la tu, jenis ambil gambar melalui phone je..takde kamera yang khas lagi setakat ni...Tapi, Alhamdulillah setakat ni takde lagi bawa smartphone tapi lupa bawa charger =)

Duit. Ni sangat-sangat penting. Dahla, sekarang kebanyakkannya semua perlukan duit. Nak masuk toilet pun bayar kan? Apatah lagi kalau pergi bercuti, so before bercuti memang perlu sediakan plan berserta bajet masing-masing agar tiada sebarang masalah timbul. 

Ni Fiefi nak kongsikan 5 suplemen yang dicadang untuk membawa bersama bila pergi bercuti.
1. Esp Shaklee -  minuman tambahan protein yang membekalkan tenaga berterusan dan membantu bagi rasa kenyang lebih lama

2. VitaLea Iron Formula - multivitamin dan multimineral yang menyokong kesihatan keseluruhan

3. SR Vita C Plus - vitamin C diperlukan untuk meningkatkan sistem imun, mengurangkan simptom selsema

4. B Complex - menukar makanan kepada tenaga, mengurangkan stress fizikal dan mental

5. Ostematrix - pil klasium yang lengkap vitamin D dan magnesium, membantu tidur lebih lena, mengatasi rasa letih dan lenguh-lenguh kaki, juga membantu melawaskan
Yela, nak cuti-cuti tu mestilah kena jaga dan kekalkan kesihatan juga. Bercuti dengan gembira dan sihat gitu kan =)

Selamat bercuti.

Sharing is caring,
Fiefi Ira =)

Monday, 9 November 2015

7 Tabiat Yang Boleh Mengundang Bahaya Pada Kesihatan Kita!


Tanpa kita sedari, adakalanya tabiat yang kita gemari itu boleh mengundang bahaya pada kesihatan kita. Hohoho, jom baca ada tak tabiat kegemaran korang dalam senarai berikut. Kalau ada, jom ubah! Kalau takde, Al hamdulillah dan take note =)

Tabiat-tabiat kebiasaan berikut perlu diubah andai mahu kesihatan anda di tahap terbaik. 

SILANG KAKI
• Duduk dengan menyilang kaki boleh meningkatkan tekanan darah systolic (tekanan ketika jantung berdenyut sambil mengepam darah) sehingga 7% dan tekanan darah dialostic sehingga 2%. Sebaiknya, elakkan menyilang kaki lebih daripada 15 minit dan jangan duduk dengan posisi dan tempat yang sama lebih dari 45 minit.

TIDUR MENIARAP SEPANJANG MALAM
• Posisi ini memang membuatkan anda lebih mudah untuk tertidur. Namun, elakkan dari tidur terlalu lama dalam posisi ini kerana leher anda boleh mengganggu peraliran darah. Posisi tidur yang baik adalah terlentang atau mengiring sambil memeluk bantal di antara kaki.

MENGENAKAN TALI PINGGANG TERLALU KETAT
• Mengikat tali pinggang terlalu ketat juga boleh mengganggu sistem penghadaman anda dan akan menekan perut serta organ dalaman. Kesannya, proses penghadaman tidak berjalan dengan baik. Pastikan anda mengenakan tali pinggang dengan ukuran yang normal. Duduk dengan selesa, tidak membongkok dan bernafas dengan normal.

BEG TANGAN DI SISI
• Kebanyakan anda membawa beg tangan yang disangkut di bahu pada sisi yang sama. Kebiasaan inilah yang mengakibatkan ketidakseimbangan otot dan menyebabkan rasa sengal. Sebaiknya, jangan membawa barang terlalu banyak dalam beg dan keraplah berganti antara bahu kiri dan kanan.

TERUS LAKUKAN REGANGAN SELEPAS BANGUN TIDUR
• Ketika bangun tidur, anda biasa melakukan regangan badan. Jangan begitu, kerana kebiasaan ini boleh merosakkan sendi pada tulang belakang. Kesannya anda sakit pada bahagian punggung dan leher. Disarankan selepas bangun tidur, lebih baik anda terus bangun, berjalan di sekeliling rumah, minum air putih atau menggosok gigi.

KERAP MEMBONGKOK
• Dengan membongkok, ia boleh menyebabkan rasa sakit pada bahagian bahu dan memberi tekanan kepada tulang belikat anda.

MEMAKAI JEANS TERLALU KETAT
• Skinny jeans atau jeans terlalu ketat memang menjadi trend sekarang ini. Namun, jika dipakai setiap hari, ia boleh menyebabkan masalah kesihatan kerana ia menghadkan gerakan badan anda dan merasa kurang selesa dengan aktiviti yang anda lakukan. Malah, jeans terlalu ketat juga berpotensi menekan pengaliran darah.


Sekian, coretan perkongsian kali ni. Sumber dari sini.
Semoga memberi manfaat buat semua!


Sharing is caring!
Fiefi Ira :)


GIVE AWAY PARTAY!!



http://dont-promise.blogspot.my/2015/11/give-away-partay.html


Khas entri ni, buat Hana yang baru dikenali,
  1. Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke 19 (betolkan?,,haha). 
  2. Semoga sentiasa dalam rahmatNya. 
  3. Berjaya dalam kehidupan dunia, akhirat. 
  4. Cantik, comel, cun selalu.
  5. Juga, semoga sentiasa sihat, gembira, ceria bersama insan-insan tersayang.
Ikhlas dari Fiefi yang baru follow #250 Hana =)

Starlavenderluna 2nd GiftAway

http://starlavenderluna.blogspot.my/2015/11/my-2nd-giftaway-by-starlavenderluna.html


 jom sertai GA ni. syarat-syarat pun, mudah je =)
klik banner untuk join!

Kenali Vitalea Iron Formula Shaklee.

Apa itu Vitalea Iron Formula? Vitalea Iron Formula adalah multivitamin dan multimineral dari Shaklee yang telah 100 tahun lebih berada ...